Tuesday 23 August 2011

hutan kayu putih

kadang2 kalu lalu je dekat kubur tu mesti kena kacau.tak tau la kenapa hantu tu x de keja lain dari mengacau org.kadang da naik fedap sbb kena kacau selalu.mule2 tkut la,tapi kalu da slalu kena kacau,mmg tak la takut dah.org rmai kate jgn sgt la percaya,tu sume main perasaan.tapi dorg yg kate tu sume x penah rase dan alami sendiri persaan ber temu 4 mate dgn mahluk2 ni..hahaha aku hanya mampu tergelak je wey,sebb kalu dorg yg ckp tu alami sendiri jmpe dgn mahluk tu,kompom terberak2 pnyer.ok pnjng sgt mukadimah ni.koi terus la dgn cerita ni yek..ok..

ketika pagi menjelang tiba,sayup2 terdengar suara burung hantu berbunyi2..serigala pula mengaum2 memberi petanda nmpak sesuatu.dlm kemah lak lain bunyinyer..deseran bunyi kentut member ku berkumandang.3 sekali sakit melanda aku.sakit ati sebb tido pn boleh terkentut,sakit idung sbb bau mcm da peram seminggu dan yg last sakit telinga sebb kentut dia x de melodi indi.hah mmg syial la tuihh.tapi aku mmg x dpt nk lelap kn mate mlm tu.aku manap.pelajar uitm yg mengambil jurusan paranormal.kami ber enam dtg ke dlm hutan kayu putih ni kerana kami dicadang kn oleh pak guard U kami .beliau berkata hutan ini sgt angker.so sesuai la dgn tesis yg akn kami buat.kami berenam tiba di hutan kayu putih ni 10 stgh pagi tdi.terdapat byk kejadian misteri yg berlaku ditmpt ni pak guard tu cerita kan.kami sgt teruja .jam menunjukkan pkul 3 pagi.tapi mate ku msih tidak dpt lelap.aku rsa seram sejuk sgt mlm ni.krek krek tiba aku ter dengar bunyi yg aneh.hati ku berkata2 ingin tau bunyi apakah itu..selang kemudian aku terdengar bunyi nyer makin jelas menuju ke arah kemah ku,bunyi nya seakan2 sesuatu yg melompat seperti beruk kerana aku terdengar nya dri arah ats.bedasar kan kata2 dn cerita dri pak guard tu.itu mungkin kelibat puntianak.aku melihat keluar.dugaan ku tepat.3 ekor puntianak sedang melompat antara pokok ke pokok lain diats kemah kami.time tu mmg rase takut tahap gaban la.

Tuesday 16 August 2011

luahan ramadhan

kenapa manusia sering tidak berpuas hati kepada sesuatu keadaan?persoalan ni sokmo sangat didengor oleh kome.tapi kome rilex je sebab kome jenis yg x byok sgt x berpuas hati.bagi kome,tuhan da molek je memberi hak same rate pada hamba2 nye.so x de sebab tuk kite sume mengeluh dan tidok berpuas ati pade sesuatu menda.kome nengok skang,byok giler wey org yg x berpuas hati dgn ape yg dia dpt.bg kome jelas sgt menujukan aok tu jenis x bersyukur..betul dok pendapat kome?sape sokong like la fesebuk koi.haha..tapi yg penting kite kena la fikir ape yg kite ade sume bersifat sementare.so jgn la menjadi insan yg x berpuas ati sokmo yek.kalu pegi pasar ramdhan lak,tu je kome ade rse skit yg tidak berpuas ati.tidak puas ati yg jenis baik la.yela mane x nyer,kan time skang kite kt bulan mulia,tpi rmai kaum hawa yg perasan dri nyer diva pkai baju yg menjolok idung.pda kite yg semagat nok pose penuh ni,kopom da ilang pahala pose kn.mne tak nyer kalu dia x jalan depan kite x pe.ni dah la jaln depan kite,singgah pulok tu.pergh mate pulok bukan alim sgt.so tertgok la jgk.bukan nk kondem kaum hawa ni,cuma sestengah je yg mcm tu,x sume la..so renung2 kn dan selamat beramal...

Monday 18 July 2011

maut di kuala krau episod 3

dengan jarak 1 km barham,shahfiz,zuffizi dan khaiyol hanya mampu melihat sahaja raduan bertempur dengan jelmaan ular berkepala 3 itu.
mereka hanya mampu berkata,bunuh dia raduan,bunuh dia.dengan steady raduan menghayun pedang samurai ke arah kepala ular itu.namun
ular itu sempat mengelak dan melibas kan ekor nyer ke arah raduan.raduan tersembam menerima libasan itu.raduan bangun kembali dan berlari
ke arah jelmaan ular itu untuk menetak kepala ditengah2.lalu tetakan itu tepat mengena.maka putus lah kepala jelmaan ular itu di tgh2.namun
keganasan ular itu tidak terlerai lagi.dia semakin mengganas dengan menerkam raduan secara mengejut.raduan pantas mengelak lalu menerjah
ekor ular itu dan memutus kan hujung ekor nya.makin kedengraan jeritan ular itu.barham yang melihat di kilometer 1,merasa raduan dalam
bahaya.lalu dengan tekad ingin membantu kawanya itu,dia memanjat pokok yg berhampiran dan terjun ke atas kepala ular itu.tepat jatuh di
atas kepalanya,barham tidak membuang masa lalu menusuk mata ular itu dengan kerambit yg dimilikinya.kedua2 mata ular  itu ditusuk barham.
melihat tindakan barham itu secara drastik raduan menikam perut ular itu di hadapan,tatkala ular itu sedang menahan kesakitan.barham segera
melompat kebawah.dengan terburai nyer isi perut jelamaan ular itu,maka tamat la riwayat nya.dengan nafas lega,kwn2 nya segera berlari
ke arah mereka berdua.sedikit keletihan jelas terpancar pada muka mereka berdua akibat pertempuran tadi.selepas kejadian itu,mereka ber5
tidak dpt melelap kan mata.masing2 risau akan ada nya lagi jelmaan ular atau binatang lain.raduan cedera di tangan akibat libasan ekor ular
tadi.lukanya tidak la serius dan nasib baik mereka membawa peti kecemasan.tidak selang berberapa minit mereka menarik nafas lega.sekali lagi
mereka telah diserang dengan sejenis haiwan berbulu lebat yang tinggi lampai.haiwan itu berbau dan bertanduk 3.mahluk itu telah menunjuk
taring nya yg berlumuran darah dipercayai mahluk itu baru lepas makan.mahluk itu mencakar shahfiz ketika kami sedang terkejut.dengan pantas
raduan yang cedera itu bangun dan menarik shahfiz ke belakang,supaya tidak di cakar lagi.dengan tindakan berani raduan itu,mahluk itu
seakan marah dan terus ingin menerkam raduan.berbekal kan pedang samurai disisi kirinya,dengan sekali zapp libasan itu terkena tangan nya
dan membuatkan tangan nya yang berbulu itu hampir putus.lalu khaiyol yang memegang kapak disisi kanan raduan menghayun sekuat hati di bahagian
kepala mahluk buas itu.lalu..

Saturday 16 July 2011

maut di kuala krau episod 2

bunyi ranting patah tu makin lama makin jelas kedengaran.berselang dengan bunyi seperti orang berdengus.tesentap jiwa raduan tatkala
memandang kelibat lembaga bermata merah dihadapan mata.senyum sinis smbil melambai2 kepada raduan.saat itu tiada apa dpt disuarakan
raduan,hanya terkejut seketika.dalam situasi itu raduan trus melaung kan azan sekuat2nya..namun lembaga itu seakan tidak takut dan gentar.
timbul syakwa sangka pada raduan.lantas dia mencapai dahan kayu dan terus membaling kearah lembaga itu.lantas tesembul perkataan"aduh"
dari lembaga itu..belum sempat raduan pergi mendapatkn perlaku lembaga itu,lembaga itu pn trus lenyap.raduan trus membangunkan kawan2
nya dan memberitahu kejadian tadi.kawan2 nya hanya mengelak kan raduan dan berkata itu cuma cerita rekaan raduan sahaja untuk tidak
membenarkan kawan2nya nyenyak tidur.sambil ketawa mereka kembali ke khemah.raduan pun dengan experisi muka bengang pn berlalu pergi
untuk meronda.berbekal kan parang dan pedang samurai ditepi,raduan menuju sepohon pokok berhampiran semak.dengan tiba2 keluar seekor ular
berkepala 3 dari semak itu.dengan pantas raduan menghunus pedang samurai lalu berlaku lah pertempuran luar biasa antara manusia dan
jelmaan raksasa.tersentak dengan pergaduhan luar biasa itu,kawan2 raduan terus keluar untuk melihat apa yang terjadi.

Monday 11 July 2011

maut di kuala krau episod 1

Tidak disangka kegembiraan kami berlima pagi itu hanya seketika.raduan,barham,shahfiz,zuffizi dan khaiyol.semuanya bermula ketika kami
berjumpa di kedai sabariah.shahfiz mencadang kan untuk pergi ke air terjun.dan kami berempat pn bersetuju.tetapi kami tidak tahu akan
ada tragedi yang menunggu kami disana.10 stgh tepat kami berkumpul dirumah shahfiz.pagi yang gelap itu diceria kan dengan gelak tawa
kami berlima dek kerana terlatah maharaja lawak shahfiz.saat itu memang indah.kami pn memulakan perjalanan yg dipandu oleh raduan.
dalam perjalanan,kami sempat bergelak ketawa,memangkah mangkah sesama sendiri.menurut kata2 khaiyol,ketika smpai di tempat air terjun itu
kita hendak lah memberi sirih kepada tok batin disitu.jika tidak kita tidak akan dilayan jika terjadi apa2,sembangnya.1jam 20 minit
kemudian kami tiba tempat yg kami hendak tuju.pelbagai sembang yang kami dengar semasa di dalam kereta tentang kehebatan tempat itu.
semua diceritakan oleh khaiyol dan segala nya skang ada di depan mata.ia amat lain dari apa yang disembangnya.itu lah khaiyol.hebat
dengan sembangnya.tanpa membuang masa kami berjumpa tok batin dikawasan itu.kami menyerahkan sejambak sirih kepadanya.dengan muka bangga
tok batin itu  mengambil.kami trus dibawa ke tempat air terjun itu.dalam perjalanan kami diingatkan supaya tidak berkata2 besar.kerana
temapt ini keras katanya.tetapi sepeti biasa.kami skit pn tidak mengendahkan nya.sampai saja di tempat itu,kami memasang khemah dan
membahagi2 kan tugas.belum sempat khemah terdiri,kami dikejut kan dengan suara helaian gelak yg sayup2 kedengaran..zuffizi berkata
mungkin itu bunyi org asli yg membuat keramaian.dan kami pn tidak mengendahkan nya.hati raduan rasa serba x kena semasa menjejak kan kaki
dikampung itu.suasana kampung yang mistik membuatnya tidak tenang.tapi dia menafikan perasaan itu tatkala senda guraw kawannya.sedang
mereka mandi manda,zuffizi tersentak akibat terlihat sekelibat lembaga terlintas dari pndangan matanya.trus dia mengigil.dia menjerit2
hantu2 sebayak 20 kali.kami terkejut lalu bergegas kepadanya.sementara itu mata kami semua memandang sekeliling memerhati kelibat putih
yg dilihat zuffizi itu.ternyata tidak nampak.kami bergegas naik ke atas lalu terus masuk ke khemah.mungkin ini adalah petanda yg tidak elok
untuk kami berada lama disitu.barham menyatakan hasrat beliau tuk kite suma pulang malam itu.tetapi ditolak sekerasnyer oleh shahfiz dan
khaiyol.kerana bagi mereka itu hanya la mungkin daya imiginasi zuffizi yg suka tgk filem seram.raduan pula mencadang kan untuk mereka
bergilir2 berjaga malam untuk memastikan keselamtan kami.dan raduan lah org pertama yang menjadi sukuriti,disebabkn dia lah yg menyuarakan
cadangan itu.mereka berempat pn tidur dan tinggal lah raduan tuk berjaga malam itu.jambru menujukkan jam 12 dan raduan masih berjaga
sementara kwn2nyer sume telah berkroh2.dua minit berselang,raduan terdengar bunyi ranting kayu patah seperti dipijak..raduan cuak bercampur takut...

Thursday 23 June 2011

Kerana Aku Seekor Keldai - isu #2

SELEPAS BELIAU BERTIGA BERJAYA MEROMPAK AKU,AKU TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG SAHAJA.IC DAN KAD PERGENALAN PUN LESAP.
LALU AKU PUN PANIK MEMIKIRKAN KESAN BURUKNYER KERANA MUNGKIN AKU AKAN DI COP SEBAGAI MAT INDON.SEDANG AKU MENGELAMUN
TIBA2 AKU DI SAPA OLEH LEMBAGA BERTOPENGKAN SYAITAN ITU.AKU PURA2 TERKEJUT KERANA NIAT HATI KU INGIN MEMBUAT BELIAU RASA
SIMPATI KEPADA KU.LALU BELIAU BERTIGA TERUS MEMULANG KAN SEGALA BARANG YANG DIRAMPOK ITU.AKU KELU TIDAK BERBAHASA.DALAM
DUNIA YANG SERBA MODEN INI,MASIH ADA LAGI PEROMPAK BERJIWA NURANI.RUPA2 NYA BELIAU BERTIGA HANYA LAH PELAKON DAN
SEBENARNYA AKU DALAM SENSE BABAK KELDAI DIROMPAK.FUH AKU LEGA,TERUS AKU MENGGELAKKAN DIRI SENDIRI SEKUAT HATI KERANA MATI2 AKU INGAT KAN
AKU DIRAMPOK.AKU DIBAYAR 1.20 SEN ATAS BABAK PELAKON KELDAI TAMBAHAN TADI.DALAM HATIKU BERKATA,JADI LAH BOLEH BELI CEKEDI MAMI.
AKU PUN MENERUS KAN LAH PERANTAUWAN AKU MENUJU DESTINASIKU.DENGAN BEBAN BARANG YANG BANYAK INI,AKU AMAT KELETIHAN SEKALI.
MANALAH TIDAK NYER,DI HIGHWAY PLUS INI TEMPAT R&R NYER SANGAT JAUH.JADI AKU PUN MEREHAT KAN DIRI KU DITEPIAN SECANGKIR POHON.MEMANDANGKAN
FAJAR SENJA AKAN MENYINSING DAN PERJALANAN MAKIN JAUH,ELOK LAH RASA NYER AKU BERADU SECUIT MINIT SAHAJA.SEDANG DALAM KETIDURAN AKU,
AKU TELAH DIDATANGI SEBUAH MIMPI LAILA.MIMPI YANG AKU INGINKAN SELAMA INI.IAITU DAPAT TERPILIH DALAM RANCANGAN REALITI MENTOR FINAL.
MASA ITU RMAI ORANG MENYOKONG AKU.DAN SAAT KETIKA ITU,HIDUNGKU KEMBANG.BELUM TENGOK LAGI PUNGGUNG KU SEKEMBANG MANA.SAAT AKU
BERENTAP MENTOR FINAL ITU,HANYA TINGGAL AKU SHIHA DAN IQA SAHAJA.UNDIAN MEMIHAK KEPADA KU.AKU MERASA SANGAT BANGGA.SEGALA TAKTIK TELAH
MEREKA BERDUA GUNAKAN UNTUK MENJATUH KAN AKU.SABOTAJ LA,SANTAU ANGIN LA,LARI DALAM GUNI LA,TIUP BELON LA.TETAPI UNDIAN TETAP MENYAPOT AKU.
YELA KAN INI KAN MIMPI AKU,JADI SUMA YANG AKU NAK,KOMPOM AKU DAPAT LA KAN.SEDANG AKU LENA DI ULIT MIMPI,AKU DIKEJUT KAN DENGAN SUARA MERDU
PANAHAN PETIR,MENANDA KAN TELAH MASUK WAKTU HUJAN TURUN.AKU PERLU MENCARI TEMPAT BERLINDUNG,KERANA PERLU MENYELAMAT KAN BARANG2 BEBANKU INI
DARI HANYUT DI PUKUL SALJI.EH SILAP BUKAN SALJI TAPI HUJAN(I AM SORRY)TREDMARK AMER.LALU AKU MENDAPATI TEDAPAT MAHLIGAI SYAHDU DITEPIAN
HIGHWAY ITU.LAMPU AGAK2 BERNYALA,MENANDAKAN RUMAH BERPENGHUNI.LALU AKU PN MEMPERCEPATKAN DIRI PERGI KE MAHLIGAI ITU.SEDANG AKU
MENGKELDAI KAN SUARA KU DI MUKA PINTU,AKU DISAPA SEORANG PEREMPUAN CANTIK.AKU TERKETAR2.KERANA DALAM DRAMA SERAM TV3 ADA SITUASI YANG AKU
ALAMI INI.SAH2 LAH PEREMPUAN CANTIK ITU JELMAAN PUNTIANAK DOT DOT DOT,BISIK HATIKU.BELIU MAKIN MENGHAMPIRIKU,MAKIN DEKAT KELIBATNYA
MAKIN HARUM PERFUME SILKYGIRL NYA.DIA BERTANYA KEPADA KU HENDAK CARI SIAPA.AKU PUN MENJAWAB DENGAN BERPURA2 TENANG.TETAPI DARI RIAK WAJAH
NYA JELAS TERPANCAR YANG SEDIKIT PUN DIA TIDAK MEMAHAMI JAWAPANKU.AKU BTUL2 HAMPA.TETAPI DIA SEAKAN MEMAHAMI,LALU DIA TERUS MEMBAWA KU KE
DALAM KERANA HUJAN MAKIN MELEBAT.DALAM RUMAH ITU AKU MELIHAT KELIBAT 3 ORANG LAGI PEREMPUAN CANTIK.BELIAU BERTIGA MENYAPA AKU DENGAN
RAMAHNYA.SEMENTARA SUARA PETIR DILUAR BERNYANYI KAROKE,BELIAU BERTIGA MEMINTA DIRI UNTUK KE BELAKANG.AKU PUN MENG IA KAN TINDAK TANDUK
MEREKA.SEDANG AKU BERJALAN SEKELILING RUANG TAMU MENCARI RUMPUT UNTUK DIMAKAN,AKU TESENTUH DOMPET MEREKA.X SEMENA MENA,AKU TERLIHAT IC
DAN MYKAD PEREMPUAN CANTIK ITU.SETELAH MELIHAT,TERUS WAJAH KU BERUBAH MENJADI CEKODOK YANG DIPENYEK DENGAN RAKUS KERANA PEREMPUAN CANTIK
BERTIGA ITU ADALAH PENJUAL DAGING KELDAI DI PASAR GELAP.AKU CUAK BERCAMPUR TAKUT.AKU PERGI KE DAPUR LALU AKU MELIHAT,BELIAU BERTIGA SEDANG
MENGASAH PROP YANG NIPIS TAPI VERSI PANJANG.MAKSD KU PARANG PANJANG.LALU AKU PUN SEGERA KUAR DARI TEMPAT ITU UNTUK.....

Wednesday 22 June 2011

7 Pelajaran yang lelaki perlu tau

Jangan sesekali bergaduh disebabkan berebutkan wanita- Seorang lelaki memang seharusnya bertanggungjawab untuk melindungi wanita. Lelaki yang melindungi wanita merupakan lelaki sejati. Tetapi, perlindungan yang diberikan haruslah kena pada tempatnya. Sekiranya seseorang wanita di dalam kesusahan tanpa mereka sendiri memintanya, mereka memang patut dilindungi. Tetapi sekiranya permasalahan muncul disebabkan kecurangan atau permasalahan yang sengaja dicari oleh wanita tersebut, tinggalkan mereka dan cari yang lain.
Jangan sesekali memukul wanita- Seorang lelaki yang matang tidak akan sesekali memukul wanita dan berjaya mengawal perasaan marah walaupun ia amat sukar. Ingat, sekali kita pukul wanita akan hilang kehormatan sebagai lelaki. Sekiranya berasa amat marah, dapatkan ketenangan diluar. Seorang lelaki sejati harus tahu untuk menjaga maruah dirinya dan jangan biarkan maruah tercalar hanya kerana memukul wanita. Tunjukkan kematangan dan ketenangan yang ada pada sifat seorang lelaki.
Jangan sesekali takut kepada isteri- Anda adalah ketua keluarga, dan adalah pemimpin terhadap keluarga. Jangan sesekali takutkan isteri kerana ia hanya menunjukkan kelemahan terhadap kepimpinan anda. Tidak seharusnya seorang lelaki takut kepada isteri, tetapi sebaliknya anda perlu hormat kepada mereka. Faham konsep hormat dan takut, kerana ia merupakan dua konsep yang berbeza. Seorang lelaki yang menghormati isteri adalah lelaki  sejati manakala seorang lelaki yang takutkan isteri adalah lelaki dayus.
Berani untuk membuat keputusan- Anda adalah lelaki dan anda berhak untuk membuat keputusan terutamanya soal keluarga. Jangan sesekali membiarkan orang luar mencampuri hal keluarga. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat, ianya bagus tetapi keputusan haruslah anda sendiri lakukan. Seorang lelaki sejati tidak akan sesekali membiarkan orang lain untuk membuat keputusan keluarga mereka.
Berdiam diri seketika adalah lebih baik- Sekiranya menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya apabila perselisihan faham dengan isteri, lebih baik berdiam diri untuk seketika. Seorang lelaki sejati sukakan kepada ketenangan dan tidak akan suka untuk menambahkan huru-hara keadaan. Sekiranya isteri sedang membebel panjang mengenai masalah, biarkan mereka berada di dalam dunia mereka. Diamkan diri untuk mengelakkan kekusutan lebih teruk.
Seorang lelaki perlu rajin- Anda perlu rajin untuk bekerja, jangan sesekali biarkan kehidupan bergantung terhadap orang lain. Biarkan wang yang didapati hasil daripada titik peluh dan tenaga yang telah dicurahkan. Belanjakan wang yang diperolehi untuk memberi makan minum dan keperluan asas untuk keluarga. Itulah nikmat sebenar menjadi seseorang lelaki. Kehidupan berdikari yang amat tinggi.
Seorang lelaki perlu bertanggungjawab- Tanggungjawab seorang lelaki adalah amat besar. Ia bukan shaja untuk dirinya, malah terhadap keluarga dan sekiranya sudah berkahwin perlu bertanggunjawab juga kepada keluarga isteri. Ianya akan semakin bertambah apabila isteri melahirkan anak pula. Seorang lelaki sejati akan sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka.