Wednesday, 22 June 2011

Legasi WINGS

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.



Ahli

Penyanyi Utama
  1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari Ini
  2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
  1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
  2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988 - Hari Ini
Pemain Bass
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 - Hari Ini
Pemain Dram
  1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 - Hari Ini
  2. Jojet 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
  2. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
  3. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
  4. Black(Azmi Hashim)


Album

  1. Belenggu Irama (1987)
  2. Hukum Karma(1988)
  3. Teori Domino (1990)
  4. Best Of Wings (1990)
  5. Jerangkung Dalam Almari(1991)
  6. Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
  7. Bazooka Penaka (1993)
  8. Wings & Superfriends 1 (1994)
  9. Wings & Superfriends 2 (1994)
  10. Orang Asing (1995)
  11. Biru Mata Hitamku (1996)
  12. Puisi Aidilfitri (1996)
  13. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
  14. Mencari Asal Usul (1998)
  15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
  16. Mr.Barbarik (2000)
  17. Trilogi (2001)
  18. Naga Kramat (2002)
  19. Wings Alive 2006 (2007)
  20. Wings - 2 Dekad(2007)
  21. Wings - Live At Planet Hollywood(2008)

Kerana Aku Seekor Keldai - isu #1

BEDUK SUBUH TELAH BERBUNYI PAGI ITU.SEGENAP INSAN BANGUN MENUNAIKAN KEWAJIPAN.TETAPI TIDAK BAGI AKU KERANA AKU SEEKOR KELDAI.AKU PUN TERTANYA2 KEPADA TUAN KU,KENAPA MEREKA MELAYAN AKU DENGAN TERUK SEKALI,SEPERTI SEEKOR KELDAI YANG DIPANDANG HINA.SEJENAK AKU PUN TERPIKIR,MUNGKIN KERANA AKU SEEKOR KELDAI.PANTAS LAH AKU MENDAPAT LAYANAN SEBEGITU RUPA.AKU PUN TERGELAK SINIS MEMIKIRKAN PEKARA ITU.TAPI BAGI KU,AKU PERSETAN KAN SAHAJA SEMUA KENYATAAN ITU KERANA AKU YAKIN WAJAH KU SEPERTI JACK SPAROW VERSI KELDAI.SEKARANG TEPAT JAM 7.60 PAGI.AKU KENA BERGEGAS BANGUN UNTUK MENDAFTAR KEHADIRAN BAGI SESI PAGI.PENAH SEKALI SEWAKTU AKU MULA2 MASUK KERJA,AKU LEWAT 1  MINIT.MAKNANYER AKU DATANG 7.61 PAGI,AKU TERUS DI SEBAT TANPA BELAS KASIHAN OLEH BABY MAJIKAN KU ITU.MOTIF PENYEBATAN ITU BERLAKU KERANA KELEWATAN AKU.AKU CUBA BERINTERASI KEPADA ANAK MAJIKAN KU ITU,TETAPI SESI PERBUALAN KAMI TERGANGGU AKIBAT MASALAH BAHASA.JADI AKU PUN AKU RELA KAN PUNGGUNG KU DISEBAT DENGAN SESEBAT NYER.SAMPAI SEKARANG AKU TRAUMA.SEBAB ITU AKU TIDAK MAHU LEWAT LAGI.SAMPAI SAHAJA DI TEMPAT KERJA, AKU DITUGASKAN MENGANGKAT BEBAN YANG BERAT NYER 1 POINT DUA PULUH ENAM KILO.AKU PN GEMBIRA MENDENGAR NYA KERANA BERAT BEBAN ITU SMALL THE PISES BAGIKU.BELUM SEMPAT AKU MENAMATKAN KEGEMBIRAAN ITU,TERUS BELAKANG BADANKU DI HEMPAP BEBAN YANG KUJANGKA KAN HANYA 1.26 KILO ITU.DENGAN MUKA KEREK,AKU MENERIMA SAHAJA.SAAT BEBAN MENGHIMPAP DI BELAKANG KU,KAKI KU TIDAK DAPAT MENAHAN BERAT BEBAN ITU.DALAM PIKIRAN KU INIKAH BERAT 1.26 KILO ITU?RUPA2NYER 1.26 KILO DIKALI KAN DENGAN 126 KALI.AKU RUPANYE DITIPU.TETAPI NAK BUAT MACAM MANA,AKU KENALAH REDHO,KERANA AKU SEEKOR KELDAI.PENDERITAAN AKU TIDAK TERHENTI DISITU.SUDAH LAH DI BEBANKAN BERAT SEBEGITU RUPA,AKU DI SURUHNYA PULA BERJALAN SAHAJA.AKU PUN TIDAK PUAS HATI.KENAPA AKU DISURUH NYA BERJALAN KAKI SAHAJA SAMBIL MEMBAWA BEBAN ITU.APA GUNA MAJIKAN KU ITU MEMBELI LORI?ADAKAH MAJIKAN KU ITU IRI HATI DENGAN KU KERANA AKU SEEKOR KELDAI BERWAJAH JACK SPPAROW?SAAT ITU MULUT KU TERKUMIT2 MELEMPAR KAN KATA2 MARAH KEPADA MAJIKAN KU ITU.TETAPI DIA SENYUM SINIS SAHAJA SAMBIL BERKATA MAJULAH KELDAI UNTUK NEGARA.AKU PUN PELIK KENAPA DIA TIDAK ADA REAKSI  KETIKA AKU BERKATA2 KESAT KEPADANYA.RUPANYER SEKALI LAGI PERBUALAN KAMI TERGANGGU KERANA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI DUA HALA.SEKALI LAGI AKU PENDAM KAN PERASAAN MARA KU ITU, KERANA AKU SEEKOR KELDAI.LALU AKU TERUS LAH BERLALU SAHAJA DENGAN MUKA KELDAI KU INI MENUJU DESTINASI BAJET.EH SILAP ITU RANCANGAN TV.MAKSUD KU DESTINASI BARANG YANG AKU NAK HANTAR ITU.SEMASA DALAM PERJALANAN,AKU DITAHAN 3 ORANG BERTOPENG KAN SYAITAN.DALAM HATIKU BERKATA,MUNGKIN AKU AKAN DIROMPAK INI.KATA HATIKU.AKU PUN MENGELUARKAN HORMON CUAK DAN TAKUT.BELIAU BERTIGA ITU MENGELUAR KAN SEJENIS PROPS YANG NIPIS BERSINAR.MAKSUD KU PISAU.LALU DIHALAKAN PISAU ITU KEPADA KU.AKU PN TERKEJUT KELU TAK TERKATA.AKU PUN TERUS MEMOHON KEPADA INSAN BERTIGA  ITU.RAYUAN KU ITU DITOLAK DENGAN PANTAS KERANA MASALAH KOMUNIKASI MULTIMEDIA PULAK.INI LAH BAYARAN YANG KENA KU TERIMA  KETIKA BEKERJA.ROMPAKAN,SAMUN BERSENJATA,PENCULIKAN BERSIRI DAH MENJADI ASAM GARAM MELAKUKAN KERJA KU INI.NAMUN AKU PASRAH MENRIMANYA KERANA AKU SEEKOR KELDAI.SELEPAS BELIAU BERTIGA BERJAYA MEROMPAK AKU,AKU TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG SAHAJA.IC DAN KAD PERGENALAN PUN LESAP.LALU AKU PUN..........